KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 06, 2011

< PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1432H - siri 1 >


Program Ihya Ramadhan 1432H bermula pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011 dengan majlis berbuka puasa dikalangan aktivis KRT Taman Utama samada AJK, Peronda SRS dan individu yang sering menyertai aktiviti KRT Taman Utama.

KRT Taman Utama mengeluarkan bajet RM300.00, manakala Pakatan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Taman Utama mengeluarkan sumbangan RM50.00 untuk membiayai majlis ini. Program bermula pada jam 11.00 pagi apabila selesai majlis tadarus Al-Quran oleh Jiran Wanita dan Jiran Muda di Pusat Rukun Tetangga dengan kerja-kerja memproses bahan mentah untuk dimasak seperti ayam, daging dan ikan.

Menu untuk edaran kepada penduduk ialah Moi Kari yang diketuai oleh Puan Maheran bt. Murad, manakala menu nasi minyak untuk berbuka puasa diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah. Bahan mulai dimasak selepas solat Asar dan siap dimasak pada jam 7.00 malam.

Disamping menu yang dimasak, terdapat juga dikalangan penduduk yang datang menyumbang makanan lain untuk berbuka seperti buah rambutan, epal, dokong, kelapa muda, kurma dan pelbagai aneka kueh.

Moi kari kemudiannya diedarkan dikalangan penduduk dan sebahagiannya lagi dihantar ke Masjid Seberang Pumpong untuk majlis berbuka puasa dimasjid tersebut. Selesai berbuka puasa, aktivis kemudiannya bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan mengemas kembali peralatan yang digunakan sehingga jam 8.45 malam.

Jiran Wanita berganding bahu menyiang bahan asas.


Pn. Aliah bt. Mat Ali, AJK KRT sedang membaca akhbar Sinar Harian yang menyiarkan gambarnya sewaktu program Tazkirah Ramadhan...

Kerja-kerja memasak moi kari bermula.....

En. Mohd. Fadzil dan En. Abd Rashid membawa kelapa muda daripada rumah Pn. Sharifah Nab-iee.....

Moi kari yang dah siap dimasak......

Dr. Shamsuddin b. Mat Hasan, Pakar Otopedik Hospital Yayasan Sultanah Bahiyah turut membantu menyediakan menu berbuka puasa. Terima kasih daripada KRT Taman Utama kepada beliau kerana sudi menyumbangkan kipas angin untuk kegunaan penduduk menunaikan solat terawih di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.....

Proses mengagihkan moi..


Jiran Muda beratur mengambil nasi minyak untuk berbuka puasa...



Jiran Wanita berbuka di dalam dewan...



Geng ni TAK POCA pun ..... he .. he .. he...



Geng lelaki berbuka di luar dewan...





PROGRAM BERBUKA PUASA DI MASJID AL-HUSSAIN SEBERANG PUMPONG.

Jawatankuasa yang mengendalikan majlis berbuka puasa di Masjid Seberang Pumpong sedang menghidangkan makanan untuk berbuka....

Aktiviti tahunan majlis berbuka puasa ini diadakan sebagai sebahagian daripada program Ihya' Ramadhan masjid. Jawatankuasa Qaryahnya membuka peluang kepada anak qaryah untuk menaja makanan kepada penduduk yang berbuka puasa di masjid ini.

Dari tahun ke tahun, memang terdapat peningkatan anak qaryah yang berbuka puasa di masjid ini apatah lagi terdapat ramai dikalangan penuntut Kolej Universiti Insaniah yang menyewa rumah yang terletak berdekatan masjid ini yang menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk berbuka puasa.

Jawatankuasa qaryah telah menugaskan beberapa orang AJK Masjid dan AJK kecil biro bagi mengendalikan majlis berbuka puasa. Sehingga kini jadual penaja dan penyumbang majlis berbuka puasa telah penuh diisi oleh penduduk. Ada yang menaja secara perseorangan dan ada yang berkongsi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin