KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Ogos 01, 2011

< KEJOHANAN GOLF AMAL PERPADUAN 1 MALAYSIA >



Pada akhir bulan Julai 2011, KRT Taman Utama menerima 2 penghargaan daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah.


Pertama, Pengerusi KRT Taman Utama telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 8 orang peserta daripada Negeri Kedah untuk mengikuti Kursus Asas Kendiri Penulisan / Kewartawanan / Fotografi pada 23 - 25 Julai 2011 di Hotel Allson Klana, Nilai Negeri Sembilan.

Daripada 8 orang peserta tersebut hanya blogger sahaja dari kalangan Rukun Tetangga, selebihnya adalah daripada pihak kakitangan JPNIN Negeri Kedah sendiri. Mungkin pemilihan blogger ini disebabkan keaktifan blogger mengendalikan blog ini agaknya. Namun dukacita, blogger terpaksa menolak tawaran mengikuti kursus ini kerana terikat dengan kerja jabatan lagi pun surat tawaran yang diterima hanyalah sehari sebelum tarikh kursus tersebut menyebabkan blogger tidak sempat membuat persiapan seperti Cuti Tanpa Rekod ataupun Cuti Rehat. Sehubungan dengan itu blogger memohon maaf kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah dan terima kasih kerana mencalunkan blogger untuk kursus ini.


Penghargaan yang ke dua ialah apabila pihak JPNIN Daerah Kota Setar menghubungi blogger bertanyakan samada KRT Taman Utama mempunyai seseorang yang pandai bermain golf. Blogger kemudiannya mengemukakan 3 orang nama yang blogger tahu mereka pernah dan sering bermain golf untuk jabatan.



Akhirnya En. Ahmad Azly b. Ahmad Ibrahim, salah seorang AJK KRT Taman Utama telah dipilih mewakili JPNIN Negeri Kedah ke Kejohanan Golf Amal Perpaduan 1 Malaysia di Kelab Golf Danau, UKM Bangi, Selangor pada 23 - 24 Julai 2011. Tahniah dan syabas kepada En. Ahmad Azly yang lebih mesra dengan panggilan Roger @ Hafiz kerana berjaya menerima hadiah di kejohanan tersebut, sayang sedikit kerana beliau gagal untuk membuat pukulan Hole-In-One, jika tidak... meletuplah nama KRT Taman Utama....





Roger berdiri disisi kereta yang dijadikan hadiah Hole-In-One...

Sekali pandang macam Tiger Woods la pulakk....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin