KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Mei 23, 2012

** TAKLIMAT WARIS KEM KOMUNITI RIVER RANGER **


Menjelang Kem Komuniti River Ranger yang bakal diadakan pada 25 - 26 Mei 2012 nanti, suatu taklimat kepada peserta, terutama kepada waris telah diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Taklimat yang diadakan pada jam 6.00 petang itu telah disampaikan oleh Pengerusi dan Setiausaha KRT Taman Utama. Tujuan taklimat adalah untuk menjelaskan objektif program dan aturcara yang akan dilaksanakan.

Sehingga 22 Mei 2012, seramai 43 orang peserta dari kalangan Tunas Jiran dan Jiran Muda telah mendaftarkan diri untuk menyertai kem, manakala seramai 33 orang waris akan turut menyertainya. Antara lain objektif kem ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran alam sekitar terutama yang berkaitan dengan sungai kepada komuniti Taman Utama.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin