KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mei 15, 2012

** PROGRAM CUTI SEKOLAH 2012 **


Sempena musim cuti sekolah pertengahan tahun 2012  pada akhir bulan Mei nanti, KRT Taman Utama dengan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd dan JPNIN Negeri Kedah akan mengadakan Kem Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti KRT Taman Utama di Kem Kenari, Titi Hayun, Yan Kedah.

Kem tersebut akan diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 25 - 26 Mei 2012. Pada 12 Mei 2012 lalu blogger bersama En. Mohd Sharipudin dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim telah pergi meninjau lokasi kem tersebut bertujuan untuk perancangan dan susun atur program tersebut.

Antara chalet di Kem Kenari.
Kolam renang yang disediakan dalam kem
Gelunsur air untuk kanak-kanak yang dibina dalam anak sungai yang mengalir dalam kem tersebut. Air adalah daripada puncak Gunung Jerai.
Katil yang disediakan oleh pihak pengurusan kem.



Dalam perjalanan pulang dari lokasi kem, blogger sempat singgah untuk menikmati nira nipah di Sedaka. Wah makin hebat penangan nira nipah beliau, apatah lagi setelah pihak akhbar Sinar Harian telah menyiarkan produk nira beliau dalam akhbar tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin