KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Mei 23, 2012

** SUMBANGAN YAB MENTERI BESAR **


Pada awal bulan Mei 2012, blogger telah menghantar surat permohonan sumbangan khemah kepada YAB Menteri Besar Negeri Kedah. Dalam surat permohonan yang turut disokong oleh Pengerusi MKK Taman Utama itu, blogger telah memaklumkan keperluan khemah tersebut kepada komuniti Taman Utama.

Alhamdulillah, permohonan blogger telah diluluskan oleh YAB Menteri Besar, apabila pada 20 Mei 2012 lalu khemah tersebut telah dihantar melalui Pejabat Daerah Kota Setar. Pakej yang terkandung dalam penghantaran tersebut ialah 2 buah khemah, 100 buah kerusi dan 20 buah meja.

Terima kasih YAB Dato' Seri, semoga sumbangan ini akan menyemarakkan lagi iltizam seluruh Jawatankuasa KRT Taman Utama dalan menjana aktiviti kemasyarakan di Taman Utama.



En. Md. Nasser membantu menurunkan peralatan yang diterima daripada lori.
En. Shaharudin, Penolong Setiausaha juga tidak mahu ketinggalan membantu.
Jiran Muda turut membantu melabelkan kerusi.
Woi, tengok-tengok apa, mai pakat tolong aku sama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin