Selepas menerima tong sampah percuma daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd pada 14 April 2012, blogger telah melabel tong tersebut mengikut nombor rumah blogger, iaitu 201. Tujuan blogger adalah untuk memudahkan lori yang mengangkut sampah meletakkan kembali tong tersebut mengikut tempat asal, iaitu rumah blogger kerana maklumlah tong tersebut semuanya adalah seragam untuk semua rumah, bimbang juga jika tertukar dengan tong jiran tetangga yang lain.
Selain memudahkan petugas mengutip sampah, label tersebut juga untuk menambahkan "seri" pada tong tersebut dan sebagai penghargaan terima kasih blogger dan simbolik menghargai pemberian tong tersebut kepada pihak yang memberikannya, bak kata pepatah "orang berbudi, kita berbahasa".
Selang beberapa hari kemudian, ramai jiran tetangga meminta blogger untuk melabelkan tong sampah mereka juga. Bagi tidak menghampakan mereka, blogger bersama salah seorang anak, telah membantu melabel tong-tong sampah mereka seperti tong sampah blogger.
Kerja tersebut dilakukan pada waktu petang setelah pulang dari tempat kerja. Pada asalnya blogger menggunakan cat sapuan biasa untuk rumah sendiri, tetapi apabila ramai yang meminta pertolongan, maka cat untuk jiran tetangga, terpaksa menggunakan cat semburan sahaja bagi memudah dan mempercepatkan kerja.
"Orang berbudi, kita berbahasa", maka terdapat juga dikalangan jiran yang menghulurkan wang saku kepada anak blogger apabila selesai melabel tong sampah mereka.
Tong no. 201 adalah kepunyaan blogger. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.