Dari Juru ke Kuala Pilah
Hajat hendak membeli kasut
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai menolak ombak di laut
Tanggal 16 Mei saban tahun, kita semua meraikan hari buat memperingati kerjaya guru. Bagi Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama, mereka turut tidak ketinggalan untuk meraikan jasa pendidik mereka iaitu Ustazah Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita yang membimbing mereka mempelajari Al-Quran dan perkara berkaitan fardhu ain di dewan KRT Taman Utama.
Majlis dilakukan pada waktu malam setelah tamat kelas pengajian Al-Quran pada hari tersebut. Inisiatif mengadakan majlis ini diatur sendiri oleh mereka tanpa pengetahuan Ustazah Rogayah, hanya memaklumkan kepada blogger pada waktu tengahari sahaja, yang kebetulan blogger bercuti rehat hari itu.
Mereka mengumpul wang dikalangan mereka untuk membuat jamuan keraian. Mereka sendiri yang memasak juadah dan menyediakan kek istimewa untuk ustazah. Blogger, selaku Pengerusi hanya menyediakan minuman sahaja, itupun disaat akhir apabila melihat tiada minuman yang mereka sediakan, mungkin terlupa agaknya setelah penat bertungkus lumus memasak apabila pulang dari sekolah.
Ustazah membacakan doa bagi memulakan majlis. |
Memohon ampun dan restu dari Ustazah. |
Blogger keletihan setelah membantu dan melayani karenah Tunas Jiran dan Jiran Muda. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.