KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Januari 06, 2013

** DUIT ANG PAU **


Tahun Baru Cina 2013 akan dirayakan pada 10 Feb 2013, Namun KRT Taman Utama amat bertuah apabila mendapat Ang Pau terlebih awal daripada YB Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Alor Setar.

Pada 5 Januari 2013, sebanyak 20 buah KRT dan 46 buahTabika KEMAS dalam Parlimen Alor Setar telah dipilih untuk menerima sumbangan wang daripada Dato' Chor Chee Heung di Pusat Khidmat Pejabat MCA Bahagian Alor Setar yang terletak di Jalan Pegawai Alor Setar.

Majlis penyampaian wang sebanyak RM2,000.00 pada setiap NGO ini berlangsung dengan penuh meriah yang bermula pada jam 10.00 pagi. Menurut Dato' Chor Chee Heung, sumbangan ini adalah sebagai menghargai sumbangan NGO dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam Parlimen Alor Setar, dan mengharapkan agar sumbangan yang walau pun sedikit ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masyarakat setempat pelbagai kaum demi perpaduan selaras konsep 1 Malaysia.

Terima kasih Dato' atas pemberian ang pau ini. 


Pengerusi KRT Taman Utama sedang menerima cek sumbangan bernilai RM2,000.00
Dato' Chor Chee Heung sedang menyampaikan ucapan.
Mr Oii Khir Thong, Setiausaha Sulit Dato' Chor Chee Heung sedang mempengerusikan majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin