KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Januari 22, 2013

** MESYUARAT PELANTIKAN JAWATANKUASA BARU SESSI 2013 / 2014 **


Jawatankuasa KRT Taman Utama 2011 / 2012 telah berakhir pada 31 Disember 2012 lalu. Untuk sessi 2013 / 2014, dua orang AJK lama telah memohon untuk mengundur diri iaitu En. Din b. Mansor kerana keuzuran yang dialaminya, manakala En. Mohd Noor b. Harun berundur kerana kesibukan tugas beliau yang tidak menentu disebabkan sering mengikuti majikannya Dato' Mohd Yusof Ismail, Pengarah Urusan Usima Group ke merata tempat.

Dengan persetujuan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar, Pengerusi telah mengemukakan format baru pelantikan jawatankuasa baru dengan membuat pengundian dikalangan semua AJK lama untuk memilih diantara 6 orang penduduk yang sering memberi komitmen tinggi apabila KRT mengadakan aktiviti bagi mengisi kekosongan 2 orang AJK tersebut serta memberi pilihan kepada AJK lama untuk memilih calun-calun tersebut sebagai AJK baru bagi menggantikan AJK lama yang difikirkan perlu diganti sekiranya ada.

Hasil dari pengundian tersebut, seramai 4 orang calun baru telah terpilih bagi menduduki Jawatankuasa KRT Taman Utama sessi 2013 / 2014 iaitu, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli, En. Abdul Rashid b. Abd Rahman, En. Ahmad Kamarol Osma b. Haji Othman dan En. Abd Halim b. Ahmad. Tahniah kepada mereka, manakala yang tidak terpilih, pihak jawatankuasa merakamkan penghargaan terima kasih di atas segala pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit dan fikiran bagi memantapkan KRT Taman Utama sepanjang tempoh pelantikan mereka sebagai AJK KRT Taman Utama.

Ekoran daripada pemilihan tersebut juga, En. Md. Nasser b. Mat Akhir telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha, En. Ahmad Kamarol Osma b. Haji Othman sebagai Bendahari, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli sebagai Pengerusi Jiran Wanita, En. Nik Riduan b. Nik Lah sebagai Pengerusi Jiran Muda dan Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim sebagai Pengerusi Jiran Usia Emas yang baru.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin