KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Januari 22, 2013

** MAJLIS BACAAN YASIN UNTUK KESELAMATAN **

Pada 13 Januari 2013 lalu, Jawatankuasa KRT Taman Utama yang baru telah mengadakan majlis bacaan Yasin di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Majlis bermula pada jam 9.30 malam dengan pimpinan En. Ismail b. Haji Kasim, AJK Khariah Masjid Seberang Pumpong.

Tujuan diadakan majlis bacaan Yasin ini adalah sebagai permintaan kerohanian kepada Allah SWT bagi keselamatan dan kejayaan untuk En. Mohd Fadzil b. Ibrahim, salah seorang AJK yang akan menjalani pembedahan jantung pada 14 Januari 2013 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Alhamdulillah pembedahan tersebut berjaya dan beliau kini telah kembali ke rumah beliau pada 20 Januari 2013 lalu. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali aktif menyertai aktiviti KRT Taman Utama.



Tunas Jiran turut serta menyertai majlis bacaan Yasin

En. Md Nasser membantu En. Ismail melakukan upacara spiritual berunsurkan islam untuk keselamatan dewan.
Jiran Wanita menjamu selera nasi lemak di bahagian belakang dewan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin