KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Januari 05, 2013

** INOVASI 2013 **


Salam untuk semua dan SELAMAT TAHUN BARU 2013. Sudah 6 hari tahun 2012 meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Tahun yang digembar-gemburkan akan terjadi KIAMAT pada bumi. Namun semuanya meleset sama sekali. Hanya Allah yang lebih mengetahui bila kiamat itu akan terjadi, dan kita hanya diberikan info dengan beberapa petunjuk sahaja iaitu tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar bila kiamat akan terjadi...

Akhir tahun 2012, KRT Taman Utama mendapat suntikan dana kewangan dari beberapa sumber. Antaranya ialah RM5,000.00 daripada YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata dan baki Kem RIMUP oleh JPNIN. Setelah berbincang dalam mesyuarat, Jawatankuasa KRT Taman Utama bersetuju wang tersebut digunakan untuk membeli sepasang salinan kain yang seragam kepada Jiran Wanita yang aktif membantu KRT Taman Utama apabila mengadakan aktiviti.

Seramai 26 orang Jiran Wanita yang TEGAR menyertai aktiviti telah dikenalpasti dan diberikan 4 meter kain yang berharga RM 65.00 selepas diskaun kepada mereka. Urusan pembelian dan agihan diserahkan kepada Pn. Noor Hashimah bt. Yusoff, Bendahari KRT Taman Utama kerana kesibukan Pengerusi Jiran Wanita dengan urusan perniagaan beliau diakhir-akhir tahun. Semoga pemberian kain ini akan menyemarakkan semangat mereka untuk lebih aktif apabila diadakan aktiviti dan sebagai penyejuk hati kepada mereka yang setia membantu Jawatankuasa KRT Taman Utama.

Lebihan baki wang pembelian kain pula telah digunakan untuk membina setor di Pusat KRT Taman Utama. Usaha pembinaan terpaksa dilakukan kerana kesesakan dalam dewan dan setor lama yang padat dengan pelbagai peralatan seperti khemah, kerusi, meja, peralatan memasak dan pelbagai barangan lagi.

Kerja-kerja pembinaan diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah, Ketua Peronda SRS bermula pada 17 Disember 2012. Urusan pembinaan dilakukan secara bergotong royong yang dilakukan pada sebelah petang apabila penduduk pulang dari tempat berkerja masing-masing dan kerja-kerja tersebut berlarutan hingga waktu malam.

Selain AJK KRT Taman Utama, turut membantu membina setor ialah beberapa orang Peronda SRS dan Jiran Muda yang masih bercuti akhir tahun penggal persekolahan 2012. Tidak ketinggalan membantu dan memberikan semangat ialah Jiran Wanita yang menyediakan makanan dan minuman kepada pekerja. 

Kepada semua pekerja, terima kasih tidak terhingga diucapkan, semoga ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah akan menanti anda di akhirat nanti. Tidak ketinggalan terima kasih kepada beberapa orang penduduk yang sudi menderma beberapa peralatan dan bahan untuk pembinaan setor seperti En. Che Daud b. Hashim, suami Pengerusi Jiran Wanita yang memberikan bumbong, Dr. Shamsudin yang menghulurkan wang untuk pendawaian letrik, En. Zainul Sidik b. Mydin Pitchay yang memberikan tangki air dan seorang penduduk yang baru seminggu menyewa di Taman Utama yang hanya dikenali sebagai Yein sahaja yang sudi memasang pintu setor secara percuma apabila kerja-kerja akhir pembinaan siap nanti.

APA YANG PENTING ? KERJASAMA ...... 



En. Zahid menunjuk ajar Jiran Muda teknik menampal simen.
Jiran Muda membantu mengangkut tanah, bata dan membancuh simen

En. Abd Rashid mengopek kelapa untuk dijadikan santan sebagai pelengkap menu pulut durian untuk hidangan pekerja.
Tugas Pengerusi ialah mengopek durian..... Hmmm betul-betul holiawww...


















Tu dia... Pn. Noor Hashimah sedang sibuk mengagihkan kain kepada Jiran Wanita...


Tambahan setor yang hampir 90% siap pada 5.1.2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin