KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Januari 24, 2013

** PERJAWATAN BARU JIRAN WANITA **


Ekoran perjawatan baru KRT Taman Utama bagi sessi 2013 / 2014, Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli telah menjemput semua Jiran Wanita Taman Utama untuk menghadiri mesyuarat khas bagi membincang beberapa perkara berkaitan biro.

Mesyuarat telah diadakan di Pusat Rukun Tetangga pada 17 Januari 2013 mulai jam 5.30 petang. Hasil perjumpaan tersebut beberapa perjawatan baru biro berkenaan telah dicapai. Setiausaha baru ialah Pn. Jamayah bt. Dawi, yang berasal daripada Sarawak, kini bertugas di Kolej Matrikulasi Changlun, manakala Bendahari ialah Pn. Hajah Norrizah bt. Abd Wahab. Turut dilantik ialah beberapa jawatankuasa biro-biro kecil.

Tahniah dan syabas kepada biro Jiran Wanita yang telah mengorak langkah awal bagi menjana aktiviti berkaitan wanita di KRT Taman Utama.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin