KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Julai 21, 2010

KUNJUNGAN AKHBAR SINAR HARIAN DAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH

Pada 21 Julai 2010, KRT Taman Utama telah menerima kunjungan daripada 2 pihak yang sering dinanti oleh Setiausaha KRT Taman Utama.

Pada jam 10.15 pagi hari tersebut, sewaktu Setiausaha sedang menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sek Keb Tunku Abdul Halim, beliau telah menerima panggilan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, iaitu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) yang memaklumkan ingin melihat tapak dewan orang ramai di Taman Utama. Ini ekoran daripada surat dan kertas kerja permohonan pembinaan dewan yang beliau kemukakan kepada pihak berkenaan pada 23 Jun 2010.

Beliau kemudiannya bergegas pulang sambil menghubungi Pengerusi KRT Taman Utama untuk turut serta mengiringi pihak berkenaan. Seramai 5 orang kakitangan jabatan berkenaan telah datang meninjau tapak dan lokasi dewan seperti yang Setiausaha kemukakan. Semoga hajat KRT Taman Utama untuk mempunyai dewannya yang sendiri dapat direalisasikan selepas ini! Amiiinnnnn.

Pada jam 2.30 petang, Setiausaha telah menerima panggilan daripada Cik Shahni Farhana, wartawan akhbar Sinar Harian yang memaklumkan hajat beliau untuk bertemu Pengerusi dan AJK KRT Taman Utama bertujuan mencari bahan berita berkaitan isu perpaduan UMNO-PAS yang sedang diperkatakan sekarang.

Setiausaha kemudiannya memberi persetujuan untuk mengatur pertemuan tersebut pada jam 6.00 petang di Pos Kawalan SRS. Beberapa orang AJK telah turut serta dalam pertemuan itu untuk berkongsi pandangan.

Setiausaha kemudiannya membawa wartawan berkenaan ke lokasi Jiran Wanita mengadakan kelas agama yang kebetulan jatuh pada hari tersebut. Alhamdulillah, agak langkah kanan juga beliau pada hari itu kerana terdapat beberapa orang Jiran Wanita yang mengadakan jamuan iaitu pulut kuning, bihun goreng dan kuih.

Terima kasih kepada ke dua pihak yang sudi bertandang ke Taman Utama pada hari tersebut.

Pengerusi sedang diwawancara.

Disebabkan ketiadaan Pengerusi Jiran Wanita yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur pada hari itu, bekas Pengerusi Jiran Wanita yang kini menyandang jawatan Bendahari sudi untuk ditemuramah oleh Cik Shahni Farhana.

Cik Shahni sedang menjamu selera, yang menurut beliau adalah makanan favourite beliau, pulut kuning !!

Pengerusi sedang memaklumkan lokasi dewan orang ramai kepada pihak Jabatan Pembangunan Negeri kedah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin