Bagi komuniti KRT Taman Utama, demam ini turut melanda penduduknya terutama kepada peminat fanatik bintang-bintang bolasepak dunia. Menyedari hakikat ramai penduduknya yang meminati permainan ini, Setiausaha dan beberapa orang AJK KRT Taman Utama telah merancang untuk mengadakan tayangan melalui layar besar perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia.
Sebelum siaran langsung, pihak Jawatankuasa KRT Taman Utama telah mengadakan majlis menandatangani Kad Kenal Diri sukarelawan SRS Taman Utama yang baru diperolehi daripada Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar. Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani kad ini ialah En. Mohd Shafirul b. Abdul Satar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah. Penduduk kemudiannya dijamu dengan nasi gulai ikan temenung (kembong) dan barbeque.
Ramai penduduk yang memuji usaha menayangkan perlawanan ini melalui layar besar kerana dapat mengumpulkan penduduk dalam suatu aktiviti, malahan mereka turut mencadangkan agar usaha ini diteruskan dimasa akan datang dengan tayangan perlawanan akhir perlawanan bolasepak yang terdapat di Malaysia pula.

Antara penduduk yang datang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia melalui layar besar.
Jiran Muda bermain karom sambil menonton.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.