KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 25, 2010

JIRAN MUDA KRT TAMAN UTAMA MELAKAR SEJARAH

Pada 25 Julai 2010, Negeri Kedah Darul Aman sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dalam arena bolasepak negara apabila 2 buah pasukannya yang beraksi dalam pertandingan akhir Piala Liga Menteri Pelajaran (MELC) berjaya menjuarai 2 kategori yang dipertandingkan, iaitu Bawah 14 Tahun dan Bawah 17 Tahun. Ini bagaikan mengulangi sejarah gemilang pasukan Liga Supernya yang menjuarai Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.

Dalam pertandingan akhir Liga Remaja Bawah 17 tahun yang berlangsung mulai jam 4.00 petang, di Stadium Darul Aman, Pasukan Kedah yang diwakili oleh Sek Men Tunku Anum, Kepala Batas telah dinobatkan sebagai johan apabila menewaskan pasukan Pahang 2 - 1. Manakala pada sebelah malamnya pula dalam pertandingan akhir Liga Bawah 14 Tahun, pasukan Kedah yang juga diwakili oleh Sek Men Tunku Anum sekali lagi dinobatkan sebagai johan apabila menumpaskan pasukan Terengganu 3 - 1.

Apa yang membanggakan ialah terdapat 2 orang Jiran Muda KRT Taman Utama telah mewakili pasukan bawah 14 tahun iaitu Mohd Syazwan b. Abdullah dan Mohd Syazwan b. Abd Rashid. Mohd Syazwan b. Abd Rashid yang bermain diposisi midfield ialah anak kepada salah seorang AJK KRT Taman Utama, malangnya beliau tidak tersenarai dalam senarai 18 pemain pada malam tersebut.

Mohd Syazwan b. Abdullah adalah pemain yang bertindak sebagai penjaga gol yang kemudiannya telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan. Kedua-dua pemain ini merupakan anak didik kepada Pengerusi Jiran Muda dan Tunas Jiran KRT Taman Utama iaitu En. Abd Ghafur b. Mohd Akib. Beliaulah yang mencungkil bakat mereka diperingkat kanak-kanak dan sering membawa mereka menyertai pelbagai pertandingan bolasepak padang dan futsal yang diadakan disekitar kawasan utara tanah air.

Saya selaku Setiausaha KRT Taman Utama yang sering mengiringi pasukan ini bersama Pengerusi Jiran Muda amat terharu sekali dengan lakaran gemilang yang dicapai oleh Jiran Muda KRT Taman Utama ini. Agak berbaloi juga dengan wang KRT yang digunakan bagi membiayai kos penyertaan mereka dipelbagai pertandingan bolasepak yang diadakan, walaupun seringkalinya kami berdua terpaksa juga mengeluarkan wang dari poket kami sendiri kerana adakalanya terlebih daripada bajet yang dianggarkan. Namun apabila melihat kejayaan yang telah dicapai mereka, terubat juga hati ini dengan keperitan mencari sumber kewangan untuk mereka sewaktu menjalani latihan dan keluar menyertai pertandingan.

Bagi Mohd Syazwan b. Abdullah, ini bukanlah kali pertama kejayaan gemilang ini diperolehi kerana beliau juga pernah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Piala Danone Perancis dan yang terkini beliau akan mewakili Pasukan Bawah 15 Tahun Kedah mewakili Malaysia bagi Zon Asia Pasifik ke Pertandingan Akhir Piala Dunia Perdana Manchester United yang bakal diadakan di Manchester pada 3 hingga 7 Ogos 2010.

Pasukan ini dapat melayakkan diri ke Manchester apabila menewaskan pasukan Indonesia, Thailand dan Singapura. Semoga kejayaan bakal menjadi milik Syazwan dan rakan-rakannya dalam pertandingan ini.

Setiausaha KRT Taman Utama turut meraikan kejayaan yang dilakar oleh anak buahnya.

Aksi final Liga Remaja Bawah 17 Tahun.

Keputusan muktamad Liga Remaja Bawah 17 Tahun.

Meraikan jaringan gol penyamaan.

Meraikan jaringan gol yang ke 2.

Skuad Remaja Bawah 17 tahun Kedah meraikan kejayaan.

Aksi Ketua Pasukan Bawah 14 Tahun Kedah, Mohd Ariff Farhan b. Md Isa yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, Pemain Tengah Terbaik dan Penjaring Terbanyak kejohanan.

Keputusan muktamad Liga Bawah 14 Tahun.

Syazwan bersama trofi sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan Liga Bawah 14 Tahun Menteri Pelajaran.

Syazwan bersama Piala Liga Bawah 14 Tahun Menteri Pelajaran.

Berita kejayaan skuad Kedah bawah 15 tahun ke Manchester yang disiarkan dalam akhbar The Star keluaran 20.7.2010. Syazwan berdiri tengah (3 dari kanan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin