KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Julai 08, 2010

KEM SRS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2010

Tarikh : 3 - 5 Julai 2010.
Tempat : PJ Campsite, Puncak Janing, Kuala Nerang.

Kem selama 3 hari 2 malam ini merupakan kem yang pertama kali diadakan seumpamanya, samada dalam Negeri Kedah ataupun di Malaysia yang menghimpunkan para sukarelawan atau Peronda SRS dalam Skim Rondaan Sukarela dari seluruh Negeri Kedah.

Setiausaha KRT Taman Utama telah berkesempatan menyertai kem ini apabila Peronda SRS Taman Utama yang disenaraikan, En. Zahid b. Abdullah dan En. Mohd Fadzil b. Ibrahim terpaksa menarik diri disebabkan sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir.

Amat mengujakan apabila berkesempatan bertemu para sukarelawan dari pelbagai KRT lain sewaktu kem ini berlangsung. Pelbagai input dan pengalaman baru telah dapat dikongsi bersama dikalangan peserta.

Tahniah dan syabas kepada JPNIN Negeri Kedah yang telah berjaya merealisasikan kem yang amat bermakna bagi para sukarelawan SRS.

Kem ini telah disertai oleh 113 KRT dari seluruh Negeri Kedah yang mempunyai Skim Rondaan Sukarela, dimana setiap KRT perlu menghantar seramai 2 orang sukarelawan. Namun agak malang juga terdapt juga KRT yang gagal menghantar peserta menyertai kem ini.

Majlis penutupan kem ini telah disempurnakan oleh Dato' Wira Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan, Ketua Polis Negeri Kedah.


Setiausaha KRT Taman Utama.

En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah sedang memberikan ucapan di majlis penutup.

Ketua Polis Negeri Kedah berucap merasmi penutupan kem.



Ketua Peronda SRS Meranti, Pasir Mas Kelantan yang berjaya menerima anugerah SRS Terbaik 2010 sedang memberikan taklimat operasi SRS mereka.

En. Ismail b. Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu, berbaju merah, bertindak selaku moderator dalam Majlis Dialog Bersama PDRM, Imigresen dan Jabatan Agama Negeri Kedah.

Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah sedang menyampaikan taklimat jenayah kepada peserta kem.

Setiausaha KRT Taman Utama bergambar bersama En. Mohd Yusof b. Daud, (berbaju puteh) Pegawai Perpaduan Kanan JPNIN Negeri Kedah yang bertindak selaku penyelaras kem.

Antara sukarelawan yang hadir.

En. Sobri, kakitangan JPNIN Negeri Kedah selaku jurugambar jabatan.

Peserta yang berpakaian lengkap peronda bergambar kenangan bersama Pengarah JPNIN Negeri Kedah dan Ketua Polis Negeri Kedah.

Bersama sukarelawan SRS Tg. Bendahara.

Berpelukan di hari terakhir kem.





Pemandangan dalam dewan tempat berlangsungnya kem.



En. Zulkifli b. Hashim, pegawai yang didatangkan khas dari Putra Jaya. Beliau berjaya memperkenalkan pendekatan baru sewaktu membuat rondaan. Begitu baik dan berkesan sekali penyampaian beliau.

Latihan meronda mulai jam 12.00 malam hingga 5.00 pagi selama 2 malam berturut-turut yang dipandu oleh sukarelawan SRS Meranti, Pasir Mas Kelantan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin